Quantcast
Channel: Wansteddy Tales
Viewing all 344 articles
Browse latest View live

Drawing atas flight

$
0
0

Kalau dalam flight, tak boleh on henset dalam tempoh tertentu. Damia pula jenis tak boleh boring, nanti dia bad mood. Nak bagi Mia leka, bagi kertas dan pensil.  Terus enjoy melukis sampai lupa makan minum. 

Sementara tengok anak melukis, si emaknya pun gigih nak menconteng jugak. Ini snapshoot sempena situasi Mia dapat jus epal dari pramugari. Pastu siap komplen "eh, mana mommy?" Seat mommy tak dapeklah lukis, kot x, terlindung anak mommy tu... Hahah..0

Grand Prize Maleficent Karangkraf Contest

$
0
0
Balik dari Sabah, dapat kad parcel. Dok mengingat-ingat result contest yang kawan-kawan lain dapat. Contest mana yeh? Yang confirm hadiah dari Mydin Unilever memang dorang pos hadiah kepada pemenang. Tapi aku tak letak nama sendiri. Pagi tadi, dengan semangat berkobar-kobar. Hakak pun berlari-lari anak ke pejabat pos laju (mel) kat area Maybank Presint 4 tu. Sorang diri... bolehlah lari macam lipas kudung. Kalau berjalan dengan kawan, sah terpaksa berlenggang kangkung. Ikut rentak memberlah pulak.

Bila terima bungkusan dabak besar tu aku tercengang-cengang tengok pakaging dari Karangkraf. Bila masa aku join contest Karangkraf? Yang aku ingat contest Pesona Pengantin dulu adalah. Itupun kalah dengan jayanya. Letih makcik buat deco gila-gila nak tambat hati juri, satu apa pun tak menang sob3.... hadiah utamanya majlis persandingan dengan tajaan penuh. Kalau tak silap kosnya dalam rm50,000!!! Apakan daya... takde rezeki nak sangkut apa-apa. Masa penganjur call adik, interview lebih kurang, aku dah pahat dalam kepala. Ada chance tu... Sebelumnya depa siap upload lagi entry hasil tanganku dalam facebook. 

Tapi tah kat mana silapnya, hadiah tu dapat ke tangan pemenang lain. Kun Fa Ya Kun... Takde rezeki... Mungkin silapnya adik aku maklumkan pada penganjur dorang dah kahwin, walaupun dah jelaskan majlis persandingan ditunda ke tahun depan. Yelah, kalau aku jadi penganjur pun musykil jugak, awatnya dah nikah tapi tak sanding-sandingkan... Isunya sebab kedua adik dan adik ipar aku ni sibuk dengan komitmen kerja. 

Takpelah, jadikan pengalaman. Soal rezeki Allah yang berkuasa. Macam jugak dengan contest Fomca kena ciplak bulan lepas. Sampai sekarang senyap terus. Yang aku tahu, pemenang ciplak tu dikeluarkan dari senarai pemenang. Hak kami selaku mangsa ciplak? Nothing. Takde pembelaan, takde pampasan walaupun entry tu selayaknya tempat pertama. Kalau kena kat peserta lain, sah berkompang berbulan. Sah tuntut balik hadiah tu ke tangan sendiri. Sapa tak nak oi, RM1,500 cash! Sapa-sapa pun takkan puas hati bila penciplak dapat lari macam tu je. Dan penganjur pun macam tak ambil apa-apa tindakan pada pelaku. Tak juga berikan penjelasan lanjut macam mana dia boleh ciplak. Dari mana dia dapat artwork aku sampai boleh tambah grafik dan cetak baru? Dia tak boleh ubah artwork aku sebab dah flattenkan. Nasip baik aku tergerak hati nak flat artwork. Kot la raw design. Lagi sedap dia copy habis semua layer. Gila betul. Bak kata kawan akulah "KEJI BETULLAH~!" Apa pun aku berfikiran rasional je. Let go, bukan bermakna aku tak marah, kecewa dan sedih. Tapi kalaupun aku bising-bising, apa je aku dapat? Malas nak memanjangkan cerita. Walau bagaimanapun, aku masih mengharapkan ucapan maaf dari pelaku dan penjelasan lengkap dari penganjur. 

Eh, panjang pulak kisah menang Maleficent contest ni haha... Contest ni dari majalah Media Hiburan. Kalau tak silap hadiah grand prize ni sebab ada jaket. Yang memang aku aim gila-gila jaket hood dia tu. Tak sangka tercapai hajat nak menang. Lagi nak besh dapat lak note book Maleficent. Aku memang suka kumpul buku pelik-pelik. Tapi tak guna pun. Simpan ke buat koleksi. Last-last koleksi bersepah je dalam bilik hadiah kat rumah.

Apa pun terima kasih banyak Karangkraf...
Mood join contest majalah masih belum mari.
Haih...

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

$
0
0

Pagi tadi dapat ucapan tahniah dari opismate, sambil tersenyum manis dia menghulurkan sepucuk sampul. Aku yang tengah blur menggodek komputer yang meragam sejak semalam, jadi terpana. Surat apa ni? Kepala dok ligat memikir, mata dok perhati komputer. 

Bila baca intipati surat barulah sedar, aku terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2014. Lanjutan dari pemilihan dan pemarkahan penilaian SKT tahun 2013. 

Terkejut  tu tak payah kata la. Memang tak terfikir pun dalam benak kepala aku nak dapat anugerah ni tahun ni. Aku cukup yakin, opismate lain yang dapat. Sebab beliau pun memang rajin dan banyak kerja. Dan lagi, sebab kata-kata dari opismate sorang lagi, suatu ketika dulu, "Wan takyah berharaplah, baru masuk (MoA). Kena tunggu 2,3 tahun nanti baru dapat!" Sudahnya dek kerana ayat tersebut, aku mendowngradekan harapan. Tak dapat pun takpelah, yang penting aku istiqamah dengan kerja. Penilaian orang lain-lain, betui dak? Keberkatan dari Allah yang aku cari. Walau kadang pun terpacul juga bebel yang terbenam je dalam hati. Geram juga bila kerja hakiki berkali ganda. Tambah sakit hati, terpaksa tanggung kerja orang lain, tapi tak bergaji. Datang aura jahat tu, seperkara yang boleh bagi aku cool down balik; ayat-ayat dari mak aku. "Kerja dengan istiqamah, orang tak perasan, Allah nampak. Rezeki tak dapat dalam bentuk wang ringgit, DIA kasi dalam bentuk lain. Kebahagiaan, kesihatan yang baik dan lain-lain. Itu yang kita perlu kita cari."

Bila pegang surat tu. Speechless. Tak tau nak rasa apa. Touching ada, gumbira ada, sayu ada, tak rasa apa-apa pun ada. Yelah, bagi kakitangan kerajaan yang dah berkhidmat 10 tahun 1 bulan. Anugerah ini sememangnya sangat bermakna. Aku baru je masuk MoA 18 februari 2013. 15 oktober 2014 dapat anugerah. Setahun lebih je kat sini, orang hargai. Tak macam masa 10 tahun di jabatan lama. Bila ada orang dapat anugerah cemerlang, yang menang diam. Yang kalah berkompang. Ada yang sememangnya layak. Ada yang tak sepatutnya dapat. Tuhan je tahu. Kita manusia tak boleh nak mempertikaikan rezeki yang DIA berikan.

Mungkin pada orang lain, anugerah ni takde makna. Sebab sesiapa pun boleh dapat. Orang rajin ponteng pun dapat. Orang datang kerja, tapi tak buat apa-apa pun dapat. Apatah lagi orang yang datang kerja, semata-mata nak menunjuk sibuk bekerja, lagilah senangnya nak dapat. 

Pada aku anugerah ini bagaikan satu sentimen value untuk diri sendiri. Peluang untuk merasakan ada orang hargai usaha dan keringat. Daku berikan ucapan terima kasih pada boss tadi. Senyum saja beliau; katanya "i pilih u, cik *** pilih someone else. Tapi peringkat atas pilih mana yang lebih bersesuaian." Noktah. Simple word, tapi cukup bermakna. Thanx boss!

Memulakan alam pekerjaan di sektor awam:
1 september 2004

Menerima Anugerah Kecemerlangan:
15 oktober 2014

Syukur alhamdulillah....


Annoying People? Juz ignore~!

$
0
0

Lain pejabat, lain manusia, lain karenah. Tapi dalam banyak-banyak problem yang kena hadapi, peel manusia annoying dalam pejabat. Blahblahblahblahblah tak sudah-sudah. Fed up Bedah. Tak join, kena perli. Kalau join, lain pulak jadinya. So? macam mana nak tackle problem ni? Aku jumpa info berkaitan dalam laman web Colek-colek. Tak pastilah sapa punya. Tapi aku amik je info yang dikongsi. Nah, kalau korang pun ada problem yang sama, maybe boleh dipraktikkan kot. Certrytest. Tak cuba tak tahu, kennnn.....

Berikut antara langkah-langkah nak hadapi peel Annoying staf di pejabat. Jemput baca, aku malas nak translate.

1. Speak
This is the last option that you can do. Talk to your partner about the problem and ask for advice from them. The advice was so you need to deal with problems in the workplace.
Sebab apa dia cadangkan SUARAKAN PENDAPAT sebagai langkah akhir? Sebab aku pun dah merasa kewajarannya. Bila kita cakap, kena manipulate. Lagi nak besh, kita maklumkan pada penyelia. Bukan selesai masalah. Bertambah lagi masalah!!! Dowh~ takkan ada hak bersuara, apatah lagi jika kita antara new staff kat office. Nak lawan staff lama yang dah bertukun dalam pejabat? Kena sindir lagi ada. Next....~!

2. Ignore!
You have to be super cool in front of people you hate. Show that you are not bothered by their presence. This method also helps you to control your anger.
Yup, ini yang sedang aku praktikkan. Persetankanlah segala anggapan. Tak kisahlah segala hinaan. Usah pedulikan segala sindiran. Do i need to care? Nope! Prioritykan kerja saja. Hal-hal lain cuma hal sampingan yang tak ada kepentingan pun. Sekian. Titik. Noktah! Paling-paling kalau bergegar jugak telinga dengar suara-suara sumbang yang tidak diingini, tutup telinga dengan headphone. Pasang lagu fav atau nak dapat lebih pahala. Pasang zikir dan alunan Quran serta selawat. Kerja siap, pahala 2 kali ganda pun dapat. 

3. Do not let that affect you
When your enemies starting to affect mental peace and labor productivity, ignore their presence. Do not let people you hate affect your life one bit. If you react, it means you have been affected.
Yup, setuju setuju setuju! Memang nampak kita macam arrogant giler. Dowh~? Ada aku kesah? Sebab kalau dilayan, sekejap je eloknya. Esok-esok ntah apa-apa pulalah terkena lagi kan. Okay, ini bukan pemikiran negatif macam yang dikatakan tu ye. Sekali terkena, ok. Dua kali terkena oooo ok.... Tiga kali, empat kali, lima, enam kali dan berikut-berikutnya pun terkena, harus Bedah bersabar lagi? Ingat, aku pun manusia biasa. Bukan ada super human power. Kalau ada, memang aku nak zipkan je mulut manusia ni. Heh~! So anggap saja level mental dorang macam tu. Tahap tu. Yang lepas-lepas tu let go and go on.

4. Avoid!
When you hate someone, avoid them to prevent unwanted fights. Instead of showing off in front of them, you better be formal as it should. Nothing wrong to just say hello or small talk.
Pendek kata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Why? Buatlah silap ciput sikit, sekali je pun. Nah.... sebangunan diwar-warkan. Lupa habis segala kebaikan yang kita sumbangkan.

So, buang nawaitu jahat. Kikis pemikiran negatif. Cekalkan hati. Tekadkan azam. Fokus kerja dan cukup masa, punch out! Settle. So, kalau ada lagi 'malaikat' yang berkompang cari pasal, gunakan tips no.2! Serius, takde faedah walau sezarah kalau kita layan. Sekian.



Logo & Doll Hanz

$
0
0
Bila last aku lukis dolly? Rasanya untuk projek kerja, kot. Pastu terus tak buat dah. Bukan malas. Hadap kerja pejabat yang tak habis-habis ni. Aku design doll & logo Hanz ni pun curik-curik masa kerja. Kat umah memang aku tak hadap pc dah unless terdesak. Letih Bedah pagi petang siang malam tengok screen ngko. Kena rehatkan mata dan minda jugak. Tolak tengok screen henset yo~

Bila adik nak kawin, kakak dia yang volunteer nak buatkan kad. Pehtu, stress hakak sebab nak restart drawing, kena ada mood.  Serius, aku ni jenis mudah stress. Dan aku suka menyusahkan diri kalau dapat projek. Sebab aku pentingkan sangat-sangat kualiti dan kepuasan diri. 

Kadang tu customer pulak kena beralah dengan kedegilan aku nak buat camtu camni. Biasanya kalau libatkan artwork untuk famili la kan. Kalau projek freelance, nak tak nak kena akur kehendak customer babe. Dorang bayar. So, bila Hanz Jamaludin pm request untuk design logo jumaat lepas. Aku dah macam, aaa? Blur jap. Nak terima... tak nak. Coz aku kejar deadline kerja hakiki di pejabat dan yang famili aku order. Termasuklah design untuk kedai kakak. Ah, minah tu. Memang suka dera adik dia tau. Bila kenangkan ini mungkin permulaan untuk megendurkan urat terik yang dah lama tak guna design dolly. Aku terima dengan gembiranya. Sementelah Hanz antara customer yang tak cerewet langsung. Bincang pun mudah. Thru FB je. Discus, imagine, rujuk dan design. Jadilah dolly macam ni. Eh tak, mula-mula aku draw logo Natural Parenting dulu. Boleh rujuk last artwork yang aku sharing dalam entry ni.

Actually Hanz mintak 1 doll je, full figure. Tapi aku memang cadang nak design 2. 1 full body. 1 lagi half dengan name tag. Kira surprise untuk Hanz jugak. Tema untuk dolly Hanz, chic & glamz.  Cameleon tak tinggal ye Hanz hihi... Kali ni tak colourfull macam cameleon asal logo Hanz dulu. Sebab aku nak kontraskan warna baju Hanz n cameleon tu. Satu lagi sebab nak bagi color keduanya tampak firm.

Full figure. Ala-ala mini stage.

Okey, ini logo Natural Perenting. Dapat highest vote dari 2 logo pilihan akhir Hanz. Jika diperhati, logo ni ada elemen ibu, anak dan ayah bersepadu dengan ranting pokok. Colourful background sebagai rimbunan. Basic warna tanah, hijau, coklat dan pastel color. Alhamdulillah... Done 3 logo untuk Hanz. Harapnya Hanz happy dengan hasilnya :)

MAHA2014

$
0
0
Sudahkah korang ke MAHA2014? Tahun ni seperti tahun-tahun terdahulu, program MAHA diadakan di MAEPS, Serdang. Walaupun boleh kata dekat, inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini atas urusan kerja. Sebelumnya, masuk MAEPS ke Dewan D sebab anugerah khidmat Cemerlang. Justeru, bila boss bagi kepercayaan jadi panel hakim. Rasa macam tak percaya. 6 Hari berturut-turut di sini. Kesannya? Rasa macam nak tercabut kepala lutut. Kesilapan pertama, hari pertama duty, pakai wedges 4 inci! Besoknya kembali bekerja terdekot-dekot sakit ibu jari kaki. Moralnya, kalau nak menapak jauh, lama, jangan pakai kasut tinggi. Pastikan pakai flat shoes ataupun apa saja jenis kasut, asalkan selesa untuk jangka panjang. 

Banyak tarikan di MAHA2014. Antaranya Laman ternakan dengan kerbau balau dan pelbagai spesis haiwan lain yang sesuai dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan. Dalam laman ternakan ni ada banyak kandang. Antaranya lembu, ayam, itik, arnab dan lain-lain. Tapi hakak suka fluffy-fluffy so arnab ni memang jadi bahan kena gomol. Habis tangan kena calar. Dia ni tak sudi dipeluk. Nak masuk kandang untuk bermain dengan arnab ni kena bayar RM3 sekepala. RM1 untuk lobak merah. Aku pikir tak payahlah korang laburkan cash rm1 tu. Kutip saja lobak kat sekitar kandang tu. Bersepah. Arnab pun dah montel-montel semua sebab asyik kena sumbat makan je dek pengunjung.

Bunga di laman Florikultur pun sangat indah dan segar. Laman ni antara tarikan ramai. Tapi mungkin kerana lokasinya yang terkeatas sangat, ramai pengunjung berkira-kira nak panjat bukit. Kalau lucky, adalah buggy dari staf Florikultur menunggu orang di pintu gerbang indah tu. Tak letihlah bagi kanak-kanak dan orang tua nak menapak naik.

Dekorasi ala english style. Hanya menggunakan benda-benda terpakai seperti botol dan tin lama. Bila disusun molek-molek jadi indah sangat. Kalau tak kerana cuaca panas, mesti ramai yang teruja nak bermain dan bergambar di sini. 

Lokasinya di Laman Jentera. Kanak-kanak mahupun orang dewasa tak lepaskan peluang panjat pelbagai jenis jentera yang canggih-canggih. Dari paling simple kepada yang gah besarnya. 

Masih di Laman Jentera. Sebenarnya tak boleh usik miniature tu, tapi anak aku kan... Pantang tengok apa-apa yang tersusun, mesti nak diusiknya.

Okay, kalau nak bagi anak-anak berhibur dengan acara melukis dan mewarna. Boleh masuk Dewan A. Dalam dewan ni ada pameran kluster milik kerajaan dan swasta. Macam-macam acara, pertandingan dan program diadakan dalam dewan ni. Tinggal nak join dan menang saja. Paling besh ada hasil kemenangan buah-buahan. Dari sekecil-kecil buah sampai sedabak-dabaknya. Sambil-sambil luang masa istirehat, boleh jamu mata dalam dewan ni.

Seriusly, kalau sehari je takkan cukup nak lawat seluruh tapak MAHA2014. Aku yang berkampung 6 hari berturut-turut pun tercicir beberapa spot yang diperlukan. Bahkan dewan C depan mata aku masuk untuk singgah pergi toilet je tanpa sedari dewan tu pun ikut bertanding. Sabar je la...

Tip dan cadangan ke MAHA2014:

1) Cuaca tak boleh dijangka. Kejap panas sangat. Kejap hujan lebat. Sebaiknya sediakan payung untuk kemudahan peribadi. Dalam MAHA ada disediakan penjualan payung. RM15 sekaki. So kalau malas nak mengepit payung, belilah di sana. Serius, payung sangat penting. Panas, basah, panas, basah. Itulah MAHA2014.

2) Transport percuma disediakan untuk setiap laman. TETAPI, aku sarankan cari map di meja urusetia. Boleh didapati di kaunter informasi Dewan D. Bacaan dari huruf A sampai Q. So korang boleh survey laman mana korang nak pergi dulu tanpa tergapai-gapai takde info. Nak-nak waktu cuti, serius ramai orang. Tension Q lama. Dan harap maklum, Malaysian memang agak kurang suka beratur. Q tu menyusahkan pada sesetengah dari kita. Sebab tu tak hairan kalau tengok selamba je pengunjung kena jerkah dek staff bertugas. Sebab orang datang kendian selambadek je nak potong barisan. Pastu tak kira tua muda, sama dengan je ganasnya. Sapa-sapa nak bawak anak kecik berhati-hatilah. Secara terus terangnya, label urusetia takde makna pun bila suasana sesak camtu. Nak request buggy untuk kemudahan sendiri? Kirim salamlah ye, urusetia pun kena sama beratur. Sebab tu proses penilaian jadi lama. Nak tunggu tram dan bergerak makan masa.

3) Untuk parent ada anak kecik, elok bawa buggy atau stroller. Jalan jauh buatkan kita cepat letih. Nampak renyah tapi benda alah tu lah penyelamat kita supaya tak penat sangat nanti. 

4) Makanan memang banyak. Kalau korang jenis nak survey makanan je, pergilah ke Laman IAT 1 & 2. Kenyang korang, dari pintu masuk sampai pintu keluar orang dok hulur tester. 

5) Tempat solat memang disediakan. Nak mudah, rujuk pada Map atau papan tanda masuk ke laman-laman yang korang pilih. Kat situ memang dia kasi petunjuk ada kemudahan sekian-sekian. 

Banyak lagi info aku nak sharing pasal MAHA2014. Tapi nak menaip ni pun dah letih urat saraf. Ada kelapangan nanti aku sambung bercerita dalam kisah selanjutnya. Untuk makluman. Program MAHA2014 diadakan dari 20 hingga 30 November 2014. So korang masih ada peluang nak berkunjung sampai hari ahad nanti. Selamat berkunjung!


Rebate Me Now

$
0
0
Aku sharing laju-laju agar kaki shopper online macam aku tak terjebak dengan ketidakbijakkan ketara dunia nyata. Kenapa? Sebab ada rebate tak reti nak guna. Kot tak jimat cash, dapat pulangan semula. Tapi sebab manusia jenis aku asyik bagi alasan tak sempat, sibuk, busy dan seangkatan makna dengannya. Maka tanggunglah kos rugirugirugi (bak ayat zikir Xboss aku dulu haha)

Untuk maklumat lanjut sila baca entry kak Ayu yang bertajuk: 
Soping Heaven Di PopLook, Zalora dan Lain-lain Dapat Pulangan Di RebateMeNow, Siyes Ohsemmm

Nah aku sediakan link sekali supaya alasan seumpama aku tak sempat, sibuk, busy dan blablab tidak lagi jadi alasan sesuai digunakan.

Untuk orang yang dah lajak berbelanja dengan Poplook. #Rasakan~! Hashtag tak semena-mena.

Luahan hati seorang pekerja

$
0
0

Kesanggupan terima sebarang kerja
Biarlah berpada-pada
Jangan sampai diri merana
Sampai tahap kena pijak kepala
Orang lain seronok bergelak ketawa
Kita yang stress tak cukup nyawa
Buat kerja bagai nak gila
Tapi kaki komplen sedap je mengata
"Aik? apa je kerja dia?"
Kepalahotak kaulah tuduh aku tak buat kerja
Datang setakat berborak dan buang masa
Kendian tuding jari ke orang lain macam kaulah paling perfect dalam dunia!

Ini yang jenis beri arahan kerja
Setambun diberi
Semalam bagi
Hendaknya harini!

Hello~ ingat aku komputer bergerak?
Bila-bila masa kena ikut kehendak
Tak boleh langsung berkata tidak
Konon arahan kaulah saja yang berhak
Kerja tak buat komplennya banyak
Naik gaji dan pangkat kau hendak
Kerja setambun selamba je kau tolak

Cakap berbelit peningkan kepala
Haritu kata "Tak kisahlah"
Harini segala benda nak diubah-ubah
Apa ingat kerja tu mudah?
Petik jari je terus siap dah?
Masa, tenaga, idea tu semua terhadlah
Serius... arahan tanpa komitmen tu tersangat menyusahkan sangatlah

Kenangkan kerja demi gaji
Menyara keluarga demi sesuap nasi
Segala yang pahit kuhambur pergi
Biarlah apa pun nak jadi
Biarlah jua hakak dikeji
Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui
Mana yang jujur mana yang batil sejati
Bukan manusia memberikan kita rezeki
Hanya keberkatan dan redha Ilahi yang daku cari.


Dolly Pengantin Azrin & Liyana

$
0
0
Design untuk majlis persandingan adik aku nanti. Apa yang aku kesalkan, sebab kesuntukan masa nak buat projek design ni. Sepatutnya seawal november lagi siap dah projek ni. Tapi dengan pelbagai program sepanjang bulan tu, penghujung november baru boleh siap. Proses cetakan pun tak memuaskan. Apa pun, demi adik, kerah jua kudrat yang ada. Tak mampu nak jadi prefectionist kali ni. Tapi usaha nak lukis dolly pengantin yang ini memang terasa jerih. Terutama part badan dan baju.

Tema peach & turquoise color. 


Dolly Pengantin Memo & pasangannya

$
0
0
Dolly pengantin untuk member blogger cik Memo yang bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Request Memo dolly lama aku yang simple. Tapi hakak degil ini gigih nak rekacipta baru. Dengan tema biru gelap dan kelabu silver sebagai warna latar. Maka terhasillah dolly pengantin kedua untuk bulan ini. Alhamdulillah... Semoga berbahagia selamanya dik Memo :)

Mengantuknya Bedah

$
0
0
Adui... rasa berat kepala. Mengantuk mata. Baru balik dari makan tengahari, rasa nak letak je kepala. Tidur sejam dua. Dua hari berturut-turut buat kerja lebih kat rumah. Membersihkan rumah dengan ssegala mak nenek kerja surirumahtangga lazimnya. Setiap pagi bangun tidur dengan rasa nak cuti je harini haha...

Tengah dok layan kepala weng ni, tup-tup muncul kakak cleaner dengan baldi dan mop di tangan. Sepanjang setahun lebih kat sini, tak pernah lagi nampak cleaner sanggup buat kerja lebih macam dia. Mop lantai. Bagus orangnya. Tekun buat kerja. Langsung tak mengelat. Meja pun tolong dilapkan biarpun kita tak minta. Celah-celah tingkap pun ikut disapunya. Sampai aku pula rasa pelik. Tak rasa letih ke kakak ni? Bila tengok tabiat kerja yang bersih dan kemasnya tu, terbit insaf dalam diri. Kena sentiasa bersyukur, sebab orang lain walau gaji lebih kecik, tapi tetap ikhlas dalam lakukan pekerjaannya. 

Sebenarnya pengaruh yang baik macam ni memang sangat diperlukan. Kalau tengok staf atau member sepejabat kaki ponteng, kita pun ikut rasa malas nak pergi opis. Kalau ada yang suka bergosip, kita pun rasa rugi kalau tak masuk korum bercerita. Kalau tengok orang lain suka tangguh kerja, kita pun rasa nak isi masa dengan buat perkara-perkara lain yang tak mendatangkan hasil. Sudahnya bila timbul masalah, kerja setambun tak siap. Kena marah pihak atasan. Kena kutuk orang bawahan.... barulah nak tengadah. Masa tu apa pun tak boleh.

Pejam celik pejam celikkan mata. Serius mengantuk gila.

Majlis Akikah dan Doa Selamat

$
0
0
Design poster digital sempena Majlis Akikah dan doa selamat anak saudaraku Wan Ilma Farzana Binti Wan Hairulnizam. Tanggal 27 Disember 2014 bersamaan 5 Rabiulawal 1436Hijrah. Majlis akan diadakan waktu pagi.

Antara design lain yang aku buat untuk majlis akikah ni; kad untuk bunga telur, sticker goodies, sticker mineral water dan door gift. Insya'allah kalau takde aral akan terbitkan dalam actual product. Satu lagi idea yang bermain dalam kepala tapi cuma rancang (belum tentu buat). Buku mewarna sempena majlis akikah. Insya'allah... kalau ada rezeki Ilma, auntie akan buatkan. Khas, untuk Ilma. Masalahnya auntie sangat bergelut dengan masa dan kerja. Kerja pejabat, kerja contest, kerja rumah. Jadinya segala benda asyik bermain dalam kepala je. Nak lancarkan yang rasa jerih sikit. Kalau ada rezeki Ilma, adalah. Jika takde. Tunggulah next event. Insya'allah...

Memang kerja rekabentuk kelam kelibut sebab sebenarnya majlis ni tak tau pun dirancang dalam Majlis persandingan adik nanti. Apa pun, mohon doakan agar perjalanan majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan hendaknya, amin...

Design grafik untuk Majlis Persandingan Azrin & Liyana

$
0
0
Poster digital sempena majlis persandingan adik hujung bulan nanti. Tema peach dan turquoise. Design lain untuk majlis ni: kad kahwin (limited dan handmade), sticker goodies, mini kad bunga telur, bunting, poster tunjuk arah dan poster untuk paparan digital (medium facebook, blogspot dan lain-lain).

Sticker goodies: cetakan berukuran normal call card

Kad untuk dikepilkan bersama bunga telur: kad dah sedia. Bunga telurnya belum ada. Rancangnya esoklah nak membeli belah barangan nak buat bunga telur tu. Dalam kepala berura-ura nak buat crepe flower. Trend lama, design baru. Jadi tak jadi belakang kira. Andai ada rezeki, insya'allah perancangan untuk keluarga. Sengaja gunakan reserve color. Kontras untuk membezakan pemiliknya.

Bunting: masih belum print

Tutorial bunga telur teddy bear

$
0
0
Bahan-bahan basic yang diperlukan:
1) Teddy bear beli lambak sebungkus ada 30pcs RM63.00. Beli kat nilai3. Mahal murah tak surelah pula. Survey 2 kedai je harga lebih kurang tu jugak.
2) Paper crepe: warna ikut suka. Hakak pilih putih. Suci bersih ibarat baby. 
3) wrapping paper layer 1: silver color kontras dan syncronize.  
4) wrapping paper layer 2: polkadot pink for baby girl 
5) beading tread: pengganti reben silk yang kebiasaannya kita gubah untuk bunga telur.
6) batang lidi satay: cucuk dan gam terus pada teddy bear.
7) mini kad: tebuk lubang kecil dipenjuru untuk sisip masuk reben bead melalui lubang tu. 

Mini kad tu hakak design, print dan potong sendiri. Kalau upah kedai maunya dalam rm150-200 untuk 100pcs. Hakak target nak buat 100pcs bunga telur as requested by SIL. Tapi bila tengok kos barang mentah yang lap dahi nak beli. Limitkan pada 30 saja bunga telur teddy bearnya. Yang balance masih pikirkan lagi cara nak deconya hihi... Myb juz paper crepe design? Wait n see... Jom follow idea hakak. Myb boleh bantu korang buat bunga telur teddy bear sendiri ;)

LANGKAH 1: menyediakan gubahan paper crepe.

Mula-mula sekali paper crepe potong 4. Kemudian potong dua untuk senang nak lipat reben.

Lipat reben dan bahagi dua, ikat dengan flower ribbon macam gambar kat atas.

Tarik paper crepe dengan perlahan-lahan supaya kertas tak koyak. 

LANGKAH 2: membungkus wrapping paper layer 1 & 2. Sila rujuk gambar-gambar di bawah.

Layer pertama:
Ikatkan bahagian bawah wrapping paper supaya tak jatuh. Nak selamat lagi gam dengan hot gun. 

Layer kedua:
Ikuti langkah seperti layer pertama tadi. Ikat dan gamkan bahagian bawah wrapping paper.

LANGKAH 3: sisipan mini kad

Tebuk lubang di penjuru kad. Kalau boleh dapatkan puncher bermata halus. Kalau puncher biasa lubangnya lebih besar. Tak ingat jumpa puncher ni kat mana. Bertahun berkhidmat untuk tuannya: projek deco contest dan lain-lain tentunya ngeh3...


Sisip masuk beading thread dan tampal dengan hot gun di sudut bawah wrapping paper.


Perkemaskan dengan wrapping reben seperti gambar di atas. Gulung untuk menutupkan cela dari wrapping paper dan beading comot dari hot gun. Gulung ikut kehendak dan citarasa anda.

HASILNYA:


Tadaaa....! Inilah hasilnya. Dah siap
Cucuk atas polistren supaya wrapping paper tu tak kedut atau ronyok bila letak setambun dalam kotak. Simple dan menjimatkan kos. Dan lagi boleh deco sendiri ikut citarasa kita. 

Untuk amatur seperti hakak, nak siapkan sebatang pun jerih. Tapi puas hati, dapat buat guna tangan sendiri. Dah buat survey kat kedai dan online. Yang simple je sebatang rm5-8 sebatang. Kalikan dengan 30? Huhuhu... Takpelah, lebih besh guna kudrat sendiri. Boleh unleash bakat terpendam! Hahah... So sapa-sapa nak try buat bunga telur teddy bear, bolehlah mencubanya. Hakak rujuk pada gambar dalam internet saja. Takde yang betul-betul sharing step by step cara nak buat bunga telur teddy bear. 

Oh ya, untuk sisipan dalam bunga telur. Anda boleh letak telur, coklat, jelly atau lain-lain jenis makanan yang korang rasa sesuai. Hakak tak taruk apa-apa sebab nak jaga kualiti bunga telur ni. So orang boleh simpan buat kenangan je tanpa mengoyakkan atau mencacatkan keadaan bunga telur ni. Boleh pandang, pegang. Tapi bukan untuk dimakan hihi... So boleh panggil bunga telur lagi ke?

Helium gas ballon

$
0
0
Bersemangat waja hakak kau nak meriahkan majlis kan. Hohoho... Tah menjadi entahkan tidak. Harap2nya berterbanganlah wahai belon-belon dambaan beta hahaha...

The Jamban of Secret!

$
0
0
Terkejut sakan bila buka pintu toilet, ternganga pintu kecik siap lampu kuning terpasang. Automatik hakak terbayangkan filem Harry Potter: The Chamber of Secret. Lokasinya dalam toilet perempuan jugakkan. 

Manalah tau kot-kot terjojol keluar ular dari dalam mangkuk jamban. Eee... Koserlah hakak nak membayangkannya pun. Kalau tak ular pun, mungkinlah ada kotoran degil hasil saham amanah tersimpan staff satu level! Hahaha.... Yang itu lagi ngeri dan busuk!!! 

Memang sebelum-sebelum ni pintu kecik tu jenis terbukak sikit. Selalu terbayangkan kot la ada jiran dari level atas boleh kendap hakak yang menjamban di bawah ni. Tapi bila kuberanikan jiwa raga menjenguk kamar kecik itu. Rupanya bilik tu siap bersiling. Tempat paip berselirat je. Syukurlah... Hilang keraguan hakak nak masuk toilet tu lagi pasni. 

Cerita takde menda pun, tapi rasa seronok pula kembali membebel macam dulu-dulu. Ironinya time aku kusut serabut dengan banyak benda nak buat. Masa nilah pula  aku rajin nak berblog. Musykil lagi peliks!

Pentingkan Diri

$
0
0
Yup, kadang-kadang boleh terlopong juga bila hadap peel manusia yang tersangatlah pentingkan diri. Bila kita diperlukan, tak agak-agak nak mintak tolong. TAPI, bila rasa nak tinggal, tak fikir-fikir apa yang kita fikir dan rasa. Mungkin dah dididik sifat setiakawan atau hormat orang lain tak kira pangkat, usia, darjat. Aku rasa tindakan membalas balik perbuatan tu bukanlah tindakan yang bijak. 

Biar orang buat jahat kat kita. Jangan kita jadi sama jahat macam dorang. 

Sabar dan redha.
Walau dalam hati makan dalam juga.

Happy 32y Birthday to me

$
0
0
Kad hari jadi dari Aliya Damia. Surprise gift katanya. Memang surprise pun, sebab cik Mia pakat dengan ayahnya beli kad ni masa hakak tengah tidur dalam kereta lepas balik kerja. Letih sangat sampai tak sedar pun bila masa dua beranak tu buat pakatan rahsia haha...

Sepanjang tahun 2014, alhamdulillah.. dapat pelbagai jenis hadiah hasil join pelbagai contest. Dari hadiah kereta bernilai lebih RM100k kepada hadiah travel voucher bernilai ratusan ribu ringgit. Pengalaman paling menarik tentunya kemenangan hadiah utama percutian ke Liverpool - London, Brazil, Bali dan Hong Kong. Percutian dalam negara pun tak kurang menyeronokkan juga asalkan FREE! ahaha...

Tapi dalam banyak-banyak hadiah paling bernilai tahun ni tentunya ingatan tulus ikhlas dari anak dan suami. Sejak dua menjak ni rajin Damia ucapkan "Mommy... i love u." Simple word saja dah bikin hati mommy touching. Hakak kan berjiwa kecil, cepat tersentuh.

Selamat hari jadi yang ke-32 tahun buat hakak. Tanggal 19 Disember 1982 - 2014. Tua sudah... Semoga bermulanya angka 32 ini dengan kejayaan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Semoga kesihatan terjaga, rezeki berganda, keluarga bahagia dianugeragkan Tuhan buat hakak, amin...

FERREABLE

$
0
0
Sempena majlis persandingan belah keluarga lelaki sabtu nanti, hakak belikan baju, kain dan tudung untuk keluarga. Perempuan saja tentunya. Nak nampak seragam semua ahli keluarga. Mula-mula nak beli pink. 

Tapi masa order baju sherya Poplook, tak sangka warna langsung tak sama dengan yang terpapar dalam online. 

Shreya Poplook untuk ladies
Shreya Poplook untuk kanak-kanak

Geramlah jugak sebab lari dari plan kan. Pastu warna baju tu memang susah sket nak match dengan warna lain. Makan hari juga survey untuk kain dan tudung. Beli kain dulu kat kenanga untuk 4 orang. Bila dapat tudung, aduhai... Tak match pula  set baju tu. Sama ada nak kena tukar tudung lain atau tukar kain lain. Myb last choice pakat pakai kain warna hitam. Tu je yang mampu dirancang untuk projek saat akhir. Moralnya, lain kali nak beli baju. Pastikan beli sepasang terus. Tak menggila nak cari tudung dan kainnya pula. 

Apa pun sangat berpuas hati dengan pilihan warna shawl ni. Lebih kepada salmon pink.

Ada curve di hujung kain. Part tu hakak sangat suka. Material kain kali ni lebih lembut dan sejuk. Tak kisah mana-mana dah. Bila owner FERREABLE sanggup
Bersusah payah demi customer. Cari kain, luang masa untuk jahit dan sanggup hantar by hand, Masya Allah... Terharu sungguh rasanya. Terima kasih banyak nisa sebab sudi melayan pelanggan macam akak. Semoga bisnes Nisa terus berkembang dan diperakui ramai keselesaan dan mutu keunggulannya, amin....

Contest Kosmo! Ayamas superb dahsyat deco mereka

$
0
0

Amboi ko tengok... Mentang-mentang ada part deco kreatif tak sangka masing-masing tunjuk skill deco yang bombastikkk! Serius aku kena downgrade harapan. Hilang terus kedai Ayamas aku dari timbunan deco ni hahaah...

Bila last menang contest surat khabar? Tahun 2010 kalau tak salah. Masa tu contest base dialog komik kreatif. Aku belasah je ayat entah apa-apa. Tak sangka satu perkataan tu jadi punchline power, terus raih hadiah utama. 

Hmmm... Itu jelah satu. Pastu  aku pun dah malas nak join dah contest paper. Ada jmtu adalah juga. Tapi semua xde luck. Yang base lucky draw, slogan, deco joinnnn tapi tak sangkut. Sudahnya aku tawar hati nak join dah paper contest bertahub lamanya. 

Tapi bila tengok promo Ayamas by Kosmo! Terbuka hatiku nak mencuba. Berbekalkan slogan yang tak power. Deco pun main suka hati beta je. Kesudahannya bila tengok paparan gambar ini dalam laman facebook Ayamas Roaster, terbelalak mata! Haaaaa... Semputttt.... 

Untuk memudarkan kesyahduan hati aku pun mendowngradekan harapan. Ini ayat pengulangan serta penegasan. Kena sedor diri. Banyak lagi kena perbaiki skill contest. 

Apa pub doakanlah hakak sangkutlah apa-apa ye dalam contest Ayamas Kosmo! ni, amin... Tq korang, kalau korang pun join, hakak doakan untuk korang jua, semoga menang berjemaah hendaknya, amin...
Viewing all 344 articles
Browse latest View live