Kagum sendiri tengok hasil artwork lama terpampang di papan tanda butik pakaian. Rabu lepas ketika join jamuan makan sempena persaraan salah sorang teman sepejabat di opis baru, aku terperasan sesuatu yang mengejutkan. My design pada papan tanda kedai pakaian di Bangi. Butik Rona-rona butik kanak-kanak bertentangan jalan dengan Restoren RED WOK RESTAURANT. Tempat kami menjamu selera haritu. Nanti aku ceritakan betapa beshnya restoren Red Wok.
Tiba-tiba terbit rasa syahdu menggila tengok hasil kerja sendiri terpampang di kedai. Boleh nampak dari jauh. Bagitahu kat gengopis, "Itu my old artwork.". Dengan muka rasa kagum sendiri. Sebab tak percaya dan terharu dalam masa yang sama.Pernah tak aku cerita yang aku ni mudah terharu hatta untuk perkara sekecik-kecik benda? Hahaha... Then dorang pun cakap, "Boleh cam ur treadmarklah wan"... Sampai kaki nak melangkah masuk dalam restoren pun mata susah nak kalih dari kedai tu. Tak dapat jengah pun sebab kedai tu jauh di seberang jalan.
Boleh tengok artwork lama aku untuk projek Rona-rona ni dalam entry Children Dolly di blog Wansteddy Studio. Tak pasti pula kenapa aku tak letak design sebenar yang dipilih owner kedai. Dah lama pun projek ni. Sekitar tahun 2010 gitu. Iye, dah lama bersawang blog tu. Malas nak hapdet apa-apa. Nak jengah pun malas, apa lagi nak menaip.