Bos larang pakai headphone di pejabat
Alasannya bila telefon jiran berbunyi kakak tak dengar. Kakak tak boleh tolong pick up. Alasan utama tujuan larangan ni sebab nak tambah kerja baru kat pereka. Tolong angkat call.
Meja kakak takde telefon. Jadi tak boleh tarik call. Jadi kalau cari nama kakak kat direktpri takde nombor tu, takyah pelik. Memang kakak takde telefon. Admin kata telefon takde stok. Kakak pun tak hingin telefon tu kalau boleh sampai ganggu kerja. Untuk job TOLONG orang ni, kakak kena langkau beberapa partition pusing workplace orang baru boleh capai gagang tu. Helok dah sampai kat meja si polan, telefon dah berhenti berdering.
Buang masa. Hilang fokus kerja.
Kakak sejenis tak suka gangguan waktu bekerja. Pantang. Bila mood design tengah up makan or pergi toilet pun kakak sanggup tangguh. Nak-nak kalau kejar deadline. Kerja tup tap tup tap macam robot. Kadang-kadang tak pasang pun i-tunes atau youtube. Benda ni cuma letak atas kepala. Headphone ni sebenarnya cuma distraction. Supaya orang tak tegur. Supaya orang malas nak tegur waktu kakak sibuk.
Paling penting bila kakak nak tapis gangguan bunyi sekeliling. Ada si polan jenis suka buat ketukan keyboard macam machine gun bila tengah hangin atau buat-buat busy. Ini kategori scene pejabat yang pengarah selalu lupa nak add dalam drama dorang. Ini realiti.
Gangguan utama, sembang wayang atau cerita gampang pagi hingga ke petang. Jiran-jiran sedang membawang, kakak malas nak ambil tahu. Sebab masalah kerja aku takde sapa nak tolong. Jadi masalah isu-isu semasa di pejabat kakak malas nak campur. Gaduhlah sesama sendiri. Bawanglah si anu atau si polan, kakak malas nak join perhangat. Siapa kenal kakak memang tahu, kakak spesis berat mulut. Memang payah nak bercerita, nak-nak dengan orang yang kakak tahu tak boleh simpan rahsia. Kakak pilih diam diri dari join sekaki. Dari jadi kambing hitam kemudian hari. Drama macam ni bukan benda biasa. Selalu terjadi kat mana-mana. Jalan selamat, hindari diri dari ikut terjerumus sekali. Lagi pun niat pergi kerja, siapkan tugasan sebaik dan secepat yang mampu.
Tapi bos tak suka. Mungkin akan keluar syarat baru lepas ni. Pantang larang kakitangan dilarang pakai headphone waktu kerja.
Korang pernah tak kerja dengan boss macam ni kan?
Magiknya kakak dah rasa.

Inilah pertama kali.