Quantcast
Channel: Wansteddy Tales
Viewing all articles
Browse latest Browse all 344

Bagi kucing makan

$
0
0
Tiap kali makan kat Sofina Seafood mesti datang kucing kat meja. Mia la paling excited nak bagi makanan dia kat kucing. Baru-baru ni ada sekor kucing betina buat muka sedih penuh mengharap kat kaki aku. Mula tu nak buat tak tahu. Yelah, kita nak bagi makan kat makhluk lain, kena consider jugak tokey kedai. Tentu marah kalau lantai kotor. Tpi setakat seketui kecik ayam sekali bagi, takdak hal~lah! Bukan boleh kasi comot 1 lantai.

Yang buat pelik, tiap kali bagi isi kecik dia makan tang-tang tu jugak. Tapi kalau isi besar-besar dia sanggup jalan jauh makan kat tempat lain. Tak lama pastu mai balik pegang peha aku mintak makanan. Tapi kucing ni cerdik, dia cuit kita sikit, letak balik tangan. Kalau tak layan, dia singgah meja lain. Kucing pun tahu hormat manusia. (Kot la terbiasa/serik kena halau/pukul ke kan). Apa pun nak jadi rezeki dialah gamaknya mai kat meja kami haritu. Mia dengan murah hati sedekah habis ayam dia pada kucing, "takpe... Mia ada daging ayah", sambil menyudu lauk dari mangkuk sup milik ayahnya haha...


Bila nak balik, baru tahu kenapa kucing tu sanggup makan jauh bila dapat daging besar. Rupanya dia berulang alik dari meja kami ke rumah tuannya, nak hulur rezeki untuk 3 anak keciknya. Touching je tengok. Dalam hati ikut bersyukur untuk emak kucing tu. Rezeki ngko'lah emak kucing berwajah sayu, esok-esok manatau Tuhan beri ganjaran lain untuk kami. Artikel ni menyedarkan aku pada kata-kata arwah nenek dulu. "Kalau kita bagi makanan, tempat tidur empuk2 kat kucing, dia akan mendoakan kita murah rezeki." Wallahualam.

Kisah berkaitan:

Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,

Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 344