Quantcast
Channel: Wansteddy Tales
Viewing all articles
Browse latest Browse all 344

Kecewa dek kerana warna baju

$
0
0
Hajat mommy untuk Aliya Damia, nak pakaikan baju kurung moden warna peach di hari pernikahan pakciknya. Tapi, kecewa sungguh jadinya bila warna baju yang dihajatkan tak dapat. Puas pusing Alamanda, tak jumpa. Google di internet. Ada yang aku suka, dah kehabisan stok. Ada yang takde saiz dan segala macam lagi. Akhirnya jumpa dress yang diidamkan. 

Aku pilih baju warna ni nak sesuaikan dengan tema baju aku dan suami untuk majlis nikah adik aku ahad ni. Tapi lambat nak dapat respon balas dari penjual. Sudahnya redho saja baju yang diidamkan tak kan sempat sampai on time. Nampak gaya kena cari baju kurung lain untuk Mia.

Nak sesuaikan dengan warna baju ikut tema hantaran. Peach, putih, hitam. Nak dapat sejibik warna memang tak dapatlah. Nak-nak baju jenis ready made. Warna ala la tu jadilah... Tapi bila hati dah berkenan nak yang warna itu. Sementelah memang agak payah nak dapatkan baju budak warna peach. Dah book, dan bayar. Tup-tup seller kata baju dah kehabisan stok! Alasannya item fast selling. Walhal aku dah tanya beberapa kali stok baju warna ini ada tak dalam simpanan. Katanya: ADA. Aku tanya banyak kali tu bukan apa, takut jadi macam kes sekaranglah. Dah bayar, tiba-tiba kata takde stok. Frust? Tentulah. Pertama: kecewa sebab tak sempat nak guna pakai hari ahad. Kedua: sebab warna yang diinginkan tak ada.

Seller bagi pilihan baju lain. Maaf cakaplah. Aku ni kadang kala bila mai ketegaqnya (datang degilnya: istilah orang Kedah), memang tak boleh nak buat apa dah. Keluarga aku cukup masak dengan value cerewet aku. Tapi sikap ni dari sudut positifnya mengundang kesempurnaan. Nak serba perfectionist! Kalau takde orang yang serius, degil dan tegas buat keputusan, memang agenda boleh jadi serba carca marba. Masa kenduri adik aku dulu sampai jadi kes perang mulut dan masam muka kejaplah, sebab kedegilan aku yang satu ni. Tapi hati aku panas kejap je, pastu mulalah rasa bersalah yang teramat pula. Sebab tu jangan siram minyak panas bila aku tengah meradang. Menjadi-jadi ceramah free dari mulut aku nanti. Laser berdas-das pulak tu.

Untuk kes ni. Aku belum decide lagi nak amik baju warna apa untuk Mia. Belum buat keputusan lagi nak pakai tema apa raya nanti. Dan lagi aku sebenarnya takde hati langsung nak memilih mana-mana koleksi kat sini. Kecewa punya pasal. Pertanyaan dari seller aku ignore dulu. Masih rasa geram sebab rasa macam dah tertipu...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 344